Thursday, 6 December 2012
Thursday, 18 October 2012
PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan wudhuk kita terbatal, antaranya ialah:
1. Keluar sesuatu dari dua saluran (qubul dan dubur) atau dari salah satu, sama ada yang keluar itu benda atau angin.
2. Menyentuh Wanita Ajnabi.
“Sesungguhnya, itulah al-Quran yang mulia. Ia berada dalam kitab yang terjaga rapi (di lauh mahfuz). Tidak ada seorang pun yang boleh meryentuhnya kecuali orang-orang yang suci (malaikat).” (Surah al-Waqi’ah: 77 – 79)
3. Hilang akal iaitu hilang akal kerana mabuk atau gila.
4. Sesuatu yang keluar secara berterusan seperti darah istihadhah dan sebagainya.
Nabi s.a.w memerintahkan agar wanita yang mengalami darah istihadhah berwuduk setiap kali solat berdasarkan hadis yang diriwayat oleh Bukhari dalam kitab al- Wuduk, bab: Ghuslu al-Dam (228) dan Muslim, kitab al-Haid (333)
5. Tidur atau tidak tetap punggung.
Anas r.a berkata:
“Suatu ketika, para sahabat Rasulullah s.a.w menunggu solat isyak sehingga tersengguk-sengguk kepala mereka kerana Nabi s.a.w melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bangun bersolat tanpa memperbaharui wuduk.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi)
6. Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut.
7. Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat.
8. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan dengan syarat keduanya sudah sampai umur dan antara keduanya bukan muhrim.
9. Menyentuh kemaluan.
10. Keluar air mazi.
11. Keluar air mani.
12. Murtad.
Wednesday, 10 October 2012
SOALAN LATIHAN
Jawab soalan - soalan berikut:
1. Apakah maksud/pengertian wudhuk dari segi bahasa dan syarak?
2. Senaraikan 7 syarat wajib wudhuk:
3. Senaraikan 6 rukun - rukun wudhuk mengikut terutan yang betul:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
4. Senaraikan perkara - perkara sunat ketika berwudhuk:
Monday, 8 October 2012
KELEBIHAN BERWUDHUK
Antara kelebihan berwudhuk adalah seperti berikut:
1. Sebahagian Daripada Iman.
Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman...” (H/R. Muslim, ayat no. 223)
2. Wudhuk Mengangkat Darjat Manusia.
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, ayat no: 253)
3. Wudhuk Yang Sempurna Menghapuskan Dosa.
Pengambilan wudhuk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimnya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa - dosa selagi tidak melakukan perkara syirik. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R. Muslim, 1/148)
“Barangsiapa yang berwudhu’ seperti ini (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (H/R. Muslim, 3/113)
4. Wudhuk Memberi Cahaya Di Akhirat.
“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.” (H/R. Muslim, ayat no: 250)
5. Wudhuk Dapat Membuka Pintu Ke Syurga.
“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu’, lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhu’nya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (H/R. Muslim, ayat no: 234)
6. Wudhuk Dapat Membuka Ikatan Syaitan.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau meriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, ayat no: 1091)
Sunday, 7 October 2012
CARA - CARA MENGAMBIL WUDHUK DENGAN SEMPURNA
Semoga video ini dapat memberi manfaat buat kita semua dan memberi sedikit ilmu pengetahuan. Insyaallah....
RUKUN - RUKUN WUDHUK
1. Niat
Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka, ia hendaklah dibaca semasa mula hendak membasuh muka. Niat wuduk adalah seperti berikut:
“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.
ATAU
“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.
2. Membasuh Muka
Had atau batasan muka yang wajib dibasuh dengan air adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan seterusnya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
3. Membasuh dua tangan hingga dua siku
Meratakan dan menyapu dengan air sekurang - kurangnya tiga helai rambut dan sebaiknya ialah menyapu seluruh kepala. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
Mengalirkan serta meratakan air kepada kedua belah kaki serta dicelah - celah kaki tumit hingga ke buku lali. Mulakan dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
6. Tertib
Lakukan perbuatan tersebut daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur dan sempurna.
Friday, 5 October 2012
PERKARA SUNAT WUDHUK
Terdapat beberapa perkara sunat wudhuk yang ingin ustazah kongsikan bersama para pelajar yang dikasihi sekalian, antara perkara - perkara sunat wudhuk ialah:
2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
3. Berkumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung.
5. Menyapu seluruh kepala.
6. Menyapu kedua belah telinga.
7. Menyelati janggut yang tebal.
8. Mendahulukan anggota sebelah kanan daripada sebelah kiri.
9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.
10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.
11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.
12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama.
13. Menggosok anggota wudhuk supaya ia lebih bersih.
14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.
15. Menghadap qiblat.
16. Membaca doa selepas berwudhuk, iaitu:
Maksudnya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih serta jadikanlah aku daripada hambamu yang soleh.”
SYARAT - SYARAT WUDHUK
Syarat Wajib Wudhuk
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.
5. Berlakunya hadas.
6. Suci daripada haid dan nifas.
7. Kesempitan waktu. Wudhuk tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang
tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.
Syarat Sah Wudhuk
1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.
2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhuk.
3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhuk seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.
4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.
Wednesday, 3 October 2012
PENGENALAN
Pengertian Wudhuk
Dari segi bahasa: Wudhuk ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syarak: Wudhuk bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
Hukum Wudhuk
Hukum-hukum wudhuk adalah seperti berikut:
- Wajib atau Fardhu: iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.
- Sunat: Banyak perkara yang disunatkan berwudhuk, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk dan memperbaharui wudhuk.
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!” (Surah al-Ma’idah, 5: 6)
Subscribe to:
Posts (Atom)