1. Niat
Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka, ia hendaklah dibaca semasa mula hendak membasuh muka. Niat wuduk adalah seperti berikut:
“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.
ATAU
“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.
2. Membasuh Muka
Had atau batasan muka yang wajib dibasuh dengan air adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan seterusnya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
3. Membasuh dua tangan hingga dua siku
Meratakan dan menyapu dengan air sekurang - kurangnya tiga helai rambut dan sebaiknya ialah menyapu seluruh kepala. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
Mengalirkan serta meratakan air kepada kedua belah kaki serta dicelah - celah kaki tumit hingga ke buku lali. Mulakan dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
6. Tertib
Lakukan perbuatan tersebut daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur dan sempurna.
3 comments:
info2 yg sangat berguna ya ustazah..membantu kita yang selalunya mengambil ringan tentang cara2 pengambilan wudhu'..keep sharing ya ustazah :)
Assalamualaikum. Kebetulan tajuk blog P&P kita serupa. Tahniah, cantik blog Afzan! Info yang dipaparkan membantu kita menyebarluaskan ilmu wuduk.
Waalaikumsalam....terima kasih, semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kpd kita semua... :)
Post a Comment